4/21/10

Pengenalan.

Dimulakan dengan BISMILLAH... 

Nama penaku Sumaiyah al-Islam. Nama sebenarku? Biarlah rahsia... :) Aku dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar pada 1 Disember 1989 hasil gabungan ovum + sperma 2 hamba ALLAH SWT yang paling aku sayang iaitu Ummi & Walid. Mereka adalah hamba ALLAH SWT yang paling aku sayang. Yang seterusnya, abang2ku., ke3 bakal teman hidupku yang nanti surgaku terletak di bawah telapak kakinya.. Ke4 sahabat baikku (bff) merangkap seorang kakak., ke5 sahabat baikku yang ke2., ke6 adik angkatku yang telah ku anggap seperti adik kandungku sendiri.. Mereka semua berada di kedudukan pertama walaupun sayangku terhadap mereka berlainan2 jenis.. Merekalah penguat semangatku, namun bohong sangat jika aku katakan aku gumbira dengan mereka sepanjang masa.. Dalam sesuatu perhubungan tak mungkin tiada masalah yang tak berlaku.. Namun setiap masalah yang berlaku itu adalah ujian dari yang MAHA ESA ALLAH SWT. Ujian ALLAH SWT berlaku kerna Dye sayangkan hamba2Nya.. Aku juga menyayangi mereka yang  menganut agama yang sama dengan aku.. Selain tu., aku juga amat menyayangi alam sekitar.. Boleh dikatakan aku ni nature lover.. Peace...  :) Namun kedudukan paling teratas bagi carta chenta sayang aku adalah Tuhan iaitu ALLAH SWT.. Dyelah yang menciptaku.. Dyelah MAHA BERKUASA.. MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.. 


Keluargaku adalah keluarga yang bercorakkan small family.. 1 Ummi, 1 Walid, 2 abang, dan 1 adik.. :) Aku anak terakhir dari 3 beradik.. Diriku anak manja? Not at all.. Aku & abang2 dilayan sama rata oleh Ummi & Walid. Tiada pilih2 kasih.. Tiada berat2 sebelah.. Keluarga kami juga keluarga yang sangat happening.. Lagi "happening" kalau aku kena marah ngan Ummi dengan Walid.. Heheee.. ;D [Wat salah takkan tak kena marah betul tak? Lumrah  hidup laa.. kan2? :) ] Abang pertama tinggal di Ampang Selangor sekarang, bekerja sendiri. Dye tak suka makan gaji. Tak mencabar kot.. Hehee. Abang yang tengah2 pula menetap di Pasir Gudang Johor sekarang, kerja sebagai Juruteknik [lebih layak dipanggil tukang pomen~loghat Kedah :) ]

Ummiku merupakan seorang ibu yang sangat tegas dalam mendidik anak2.. Walaupun kadang2 menangis aku dibuatnya., namun aku taw, ummi amat menyayangiku.. Dye ingin aku menjadi Muslimah yang berjaya di dunia & akhirat.. Ummi juga seorang ibu yang penyayang., teramat pandai memasak [sedappp masakan Ummi~~~ :D :) ]., bijak membuat keputusan., teramat sensitif., suka membantu., & yang paling penting dyelah ibu yang paling terbaik di dunia... :) Walid pula., seorang bapa yang pandai berjenaka., tapi bila mai angin dye.., ha...., ciap. Huhuu.. Dye hanya memarahiku bila aku membuat sesuatu kesilapan yang tak patut tersilap.. Huhuu.. Walid juga seorang bapa yang sangat mengambil berat., penjimat., suka berkebun., suka membantu., & yang paling penting dyelah bapa yang terbaik di dunia.. :) Along pula seorang abang yang  serius orangnya.. Namun kadang2 dye akan berjenaka gak.. Dye penyayang., tapi tak berapa tunjuk sifatnya itu.. Mungkin dye malu kot.. Hehee. Dye hanya akan cakap perkara yang perlu sahaja.. Itulah dye... :) Macam mana pun, dye adalah abang yang terbaik di dunia.. Aku amat mengagumi peribadi & usahanya tuk berjaya.. :) Angah pula seorang abang yang sangat pandai berjenaka., sentiasa tersenyum [+2 bila tengok pompuan, heheee.. :D ]., tinggi jihadnya [www.ismailfadzil.myportal.my] , sensitif., baik hati., peramah., & suka membantu.. Dye adalah abang terbaik di dunia.. Aku mengaguminya seperti mana aku mengagumi Along... Sayang Ummi, Walid, Along, & Angah sangat2! Mmmuuahhh!! :) 

Selain daripada keluarga, aku juga mempunyai mereka yang telah aku anggap seperti keluarga.., kerna mereka seagama dengan aku & mereka mengambil berat perihal aku.. Antara mereka, Kak, Yen, Zaty, & Adek Wan.. :) Perihal mereka akan aku ceritakan nanti.. :)  Sayang mereka sangat2! Mmmuuaahhh!! :)

Peribadiku? Aku adalah hamba ALLAH SWT yang sangat sederhana dalam semua aspek., sebab tu la aku letak nama blog aku, "SEMPURNA BUKAN MILIKKU".. :) Positif keperibadianku? Nothing more about me.. Tambahan lagi, tak elok asanya aku sebut hal ni, takut2 jadi "angkat bakul masuk sendiri" lak.. Hehee. :D  Lebih baik korang sendiri nilai positif sifat aku.. :) Negatifku?? Sangat banyak! Huh! :D Aku teramat sensitif, suka buat lawak kasar :D, suka merapu, :D susa na marah tapi sekali marah memang teruk, huhuu, [berhati2 k?.. :D ]., suka makan & tidor :D, ketagih blog :D, agak malas bab2 rumah tangga [tak layak jadi suri rumah lagi :D ]., dan lain2 lagi.. :)


Matlamat hidupku?? Ingin berjaya di dunia @ akhirat.. InsyaALLAH... :)

Setakat sini saja pengenalan tentang aku & mereka yang aku sayang.. [Pengenalan pun tak macam pengenalan kan? Panjang lebaq! Hehee.. :D ]


Disudahi dengan ALHAMDULILLAH...