4/25/10

Zaman S.K

Darjah 1 [1996] aku bersekolah di SK Gurun (Pusat) Kedah. Aku berbeza dengan kanak2 yang lain, aku tak pandai membaca, & mengira. Hal ni mungkin disebabkan penyakit tarik (panas) yang aku alami sewaktu kecil. Pergi balik sekolah, Ummi @ Walid yang ambil.. Guru yang paling aku rapat, seorang teacher ni.. [Da lupa nama dye. Huhuu] Dye memang sangat baik dengan aku & kanak2 yang lain.. Dye agak tegas, tapi sangat baik orangnya.. :) Rindu kat dye, macam mana laa agaknya dye sekarang.. :)
 
Darjah 2 aku turut bersekolah di sekolah ni. Waktu ni, aku da mature sikit, hehee. Sebelum Ummi @ Walid datang ambil, aku akan pergi kedai roda 3 tuk beli apa2 makanan. Memang sangat best darjah 2. :)
 
Naik darjah 3, aku berpindah ke SK Sri Jerai Gurun Kedah, berat hati sangat na tinggal SK Gurun (Pusat).. Aku berpindah disebabkan masalah pelajaran aku yang agak serius [aku masih tak boleh membaca & mengira, huhuu].. Aku ditempatkan di kelas pertama, aku asa sangat kecik, orang lain semua pandai2, tapi aku, huhuu. Hasil bimbingan seorang guru [guru perempuan], aku da pandai membaca & sedikit mengira.. Cikgu ni sangat baik.. Teramat2 baik.. Aku rasa tenang sangat berada di samping dye.. :) Waktu darjah ni juga, aku teringin sangat nak pakai tudung sekolah, tudung Ummi tak sempat nak beli lagi, disebabkan sikap aku yang sangat2 galak nak pakai tudung, Ummi suruh aku pakai tudung yang berbunga2 [colour putih].. Hehee.. [Buat kepala sendiri~loghat Kedah :D ] Aku ingat lagi, berapa kali tah aku kena tahan dengan pengawas disebabkan 'buat kepala sendiri'.. Hehee.. Sampaikan akhirnya Ummi beli gak tudung tuk aku.. Hehee.
 
Naik darjah 4, titik hitam dalam hidupku, aku dimasukkan ke kelas terakhir [no 3 tak silap]., kelas yang mempunyai ramai murid2 nakal.. Aku dibuli mental & fizikal.. Mental ; aku dicaci maki.. Fizikal ; aku ditendang, ditumbuk dan lain2 lagi.. Sampaikan baju sekolah aku tiap2 hari penuh tompok2.. Huhuu.. Memang betul2 ujian bagiku..
 
Disebabkan masalah ni, naik darjah 5 aku berpindah ke SK Dato' Shaari Alor Setar Kedah.. Aku menetap bersama Tok & Tokwan.. Bersama Tok & Tokwan kehidupan aku jadi semakin tenang, aku di ajar mengaji, alhamdulillah ilmu aku semakin banyak.. Setiap hari Tokwanlah yang menghantar & mengambil aku di sekolah. Masalah buli?? Tiada lagi.. Alhamdulillah.. :) Walaupun duduk kelas terakhir, namun itu tak mengekang aku tuk mencipta kejayaan, aku mendapat anugerah cemerlang pertama aku di sekolah ni.. Sangat2 syukur.. :) Selain tu juga, aku aktif membantu cikgu..
 
Naik darjah 6, kehidupan aku bertambah2 tenang.. Alhamdulillah... :) Waktu di sekolah ni, guru yang paling rapat dengan aku, Cikgu Shamsul.. Memang kami sangat rapat sehinggakan ada kawan2ku yang cemburu.. Kami macam bapa & anak.. Walaupun dye agak muda waktu tu.. :) Anugerah cemerlang sewaktu darjah ni turut aku peroleh.. :) Alhamdulillah.. :) Sewaktu peperiksaan penting mesti tak terlepas ceramah motivasi.. :) Aku menghadapi 2x program ini.. Pertama di sekolah & kedua di pejabat MADA.. Kedua2nya sangat best walaupun berlainan tempat.. Waktu ni la semangat untuk menghadapai peperangan yang paling besar waktu tu [UPSR] berkobar2.. Apa yang paling aku ingati waktu di ceramah di MADA, seorang kawan sekelas aku ni ni telah terbabit dengan hal yang tak patut berlaku [menghisap rokok].. Hal ni terbongkar sewaktu Cikgu penceramah bertanya perihal ni.. Tu waktu zaman aku, sekarang ni yang aku dengar, kanak2 yang baru darjah 3 ke 4 pun da mula buat benda macam ni.. Lebih teruk, ada yang hisap gam.. Astakfirullah... Besar nanti mereka nak jadi apa pun tak taw laa.. Huhuu. Waktu di sekolah ni, apa yang aku tak leh lupa, apabila namaku di sebut2 oleh kelas2 lain disebabkan markah yang memberangsangkan dalam BM (karangan).. Selain itu, makan2 angin di seluruh Alor Setar juga merupakan salah 1 aktiviti yang paling aku ingat.. Aku & kawan2 pergi makan angin selepas tamat peperiksaan UPSR [normal selepas peperiksaan besar2 ;) ] Antara destinasi2 kami adalah Menara Alor Setar, Muzium & macam2 lagi.. :) Dah habis makan2 angin, aku pun balik semula ke rumah di Gurun [sekarang tinggal di Bedong].. Tiba waktu nak ambil keputusan UPSR, mengeletar habis badan2 aku, hehee. Mungkin rezeki yang tak berapa murah, aku gagal 2 subjek.. Yang lulus penuh BM (karangan & pemahaman) serta Sains.. Namun aku tak pernah putus asa. Bersambung ke S.M.K~

Untuk Cikgu ; Terima kasih sebab sudi mengajar saya.. Jasa Cikgu tak akan saya lupa.. Sayang Cikgu semua... Semoga kehidupan Cikgu dirahmati ALLAH SWT..